Kunjungan Hormat dan Lawatan Teknikal MAIPk ke Royale Chulan Resort, Cherating
CHERATING, 23 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan teknikal ke Royale Chulan Resort, Cherating, Pahang.
Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama pegawai kanan MAIPk dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak (PSB).
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh pihak UAC Berhad yang diketuai oleh Pengurus Besar, Pengurusan Kerajaan, Kawal Selia & Pemegang Taruh, Mohd Najib bin Mohd Seth, serta Eksekutif Kanan Projek,Ts. Mohd Saifuddin.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan pencerahan mengenai konsep dan kaedah pembinaan menggunakan teknologi Industrial Building Series (IBS) serta berkongsi pengalaman pengurusan projek sebagai rujukan bagi pembangunan hartanah MAIPk pada masa hadapan.
MAIPk optimis bahawa lawatan ini akan menjadi pemangkin kepada perancangan strategik dalam memperkukuh peranan sebagai agensi pemacu pembangunan hartanah wakaf dan baitulmal di negeri Perak.





