Permodalan Nasional Berhad (PNB) Serah Zakat RM5.865 Juta Kepada MAIPk
KUALA LUMPUR, 09 November 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM5.865 juta daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Istana Perak, Changkat Persekutuan. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cek zakat perniagaan bagi pihak MAIPk yang diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB,Tan Sri Abdul Wahid Omar. Turut hadir majlis penyerahan zakat ialah Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato Amiruddin Muhamed.