Kursus Pemahaman Elaun Perjalanan Semasa Tugas Rasmi
IPOH, 10 November 2017- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Kursus Pemahaman Elaun Perjalanan Semasa Tugas Rasmi kepada pekhidmat-pekhidmat MAIPk di Hotel Seri Malaysia. Objektif kursus adalah untuk memastikan setiap pekhidmat MAIPk yang bertanggungjawab dalam tugas penyeliaan proses semakan tuntutan elaun perjalanan dapat memahami dengan jelas tanggungjawab sebagai pegawai pemeriksa. Hal ini bagi memastikan integriti dan akauntabiliti setiap pekhidmat MAIPk sentiasa berada di tahap yang tinggi. Yang Berbahagia Dato Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk telah merasmikan kursus tersebut. Adalah diharapkan kursus ini dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan setiap pekhidmat MAIPk dapat memahami sepenuhnya tugas-tugas yang melibatkan tuntutan elaun perjalanan semasa tugas rasmi.