Program Jejak Asnaf Daerah Hilir Perak Dan Bagan Datuk
TELUK INTAN , 08 November 2017 Pihak MAIPk telah mengadakan program Jejak Asnaf Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk . Program ini diadakan bagi tujuan mengenal pasti dan membantu golongan asnaf yang terpinggir dan tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi. Sebanyak 10 buah rumah telah diziarahi oleh pihak MAIPk dengan pihak Agihan Zakat Ibu Pejabat telah mengagihkan sumbangan merupakan barangan dapur dan wang tunai kepada asnaf yang terpilih. Perlaksanaan program ini melibatkan Pegawai Baitulmal Daerah dan kakitangan MAIPk Teluk Intan. Pegawai dan penolong pegawai Bahagian Agihan Zakat Ibu Pejabat turut terlibat dalam menjayakan program ini.