Program Jejak Peniaga Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk
TELUK INTAN, 12 OKTOBER 2017 MAIPk telah mengadakan program jejak peniaga daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. Program ini diadakan bagi tujuan mendapatkan maklumat peniaga Islam dan memberi penerangan mengenai semua jenis zakat serta tanggungjawab menunaikan zakat. Hal ini penting untuk memberi impak kesedaran kepada peniaga Islam mengenai tanggungjawab berzakat, seterusnya akan meningkatkan kutipan zakat khususnya zakat perniagaan. Pada program Jejak Peniaga ini melibatkan Pegawai Baitulmal Daerah seluruh Perak dan turut sama terlibat dalam menjayakan program ini ialah pegawai dan penolong pegawai Bahagian Pemasaran Ibu Pejabat MAIPk.