• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Pemantapan Kerohanian Dan Kecemerlangan SPM 2017 Bagi 82 Penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013

Program Pemantapan Kerohanian Dan Kecemerlangan SPM 2017 Bagi 82 Penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyediakan satu skim bantuan yang dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dalam bentuk bantuan Biasiswa Pelajaran dengan kadar sebanyak RM1,000.00 bagi satu sesi persekolahan. Skim bantuan ini merupakan salah satu usaha MAIPk dalam memastikan anak-anak asnaf terutamanya asnaf Fakir dan Miskin supaya tidak tercicir dalam pembangunan pendidikan yang mampu mengubah taraf ekonomi dan masa depan mereka kelak dan telah bermula pada tahun 2012.
Tahun pertama pelaksanaan skim ini telah membuktikan pelajar dalam kalangan anak asnaf Fakir dan Miskin juga berpotensi untuk cemerlang dan pencapaian ini dapat dilihat dengan kejayaan 6 orang pelajar Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2012 yang mengikuti SPM 2016 telah menerima Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif dengan keputusan daripada 5A hingga ke 7A.
Pada tahun ini, sebagai satu usaha membantu pelajar-pelajar penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013 yang bakal mengikuti SPM 2017, MAIPk telah melaksanakan Program Pemantapan Kerohanian dan Kecemerlangan SPM yang dianjurkan khas bagi membentuk sahsiah diri yang cemerlang berlandaskan modul-modul yang terpilih untuk membina jati diri pelajar yang positif dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melalui program ini, diwujudkan Bengkel Skor A SPM yang meliputi subjek-subjek terpilih seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Program akan dibahagikan kepada 2 Slot iaitu Slot Motivasi dan Slot Bengkel Menjawab Soalan SPM.
MAIPk mengharapkan usaha ini membuahkan hasil dan mampu membantu memudahkan pelajar-pelajar ini menjawab peperiksaaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.