Persidangan Majlis MAIPk Kali Ke - 200
IPOH, 19 September 2017 - Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPK) Kali Ke-200 telah diadakan pada pukul 9.00 pagi di Dewan Persidangan, Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Yang Dipertua MAIPk YABhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin telah mempengerusikan persidangan tersebut. Pada majlis ini, YABhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin bersama-sama YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak telah memotong pulut kuning bersempena Persidangan Majlis MAIPk Kali Ke-200.