MAIPK Beri Bantuan Perubatan Kepada Pesakit Strok
Kg. Cik Zainal, Chemor - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, MAIPk menyerahkan bantuan perubatan berjumlah RM4,396.88 kepada Puan Arpah binti Mat Ali, 93 tahun yang sedang sakit terlantar akibat strok seluruh badan. Daripada siasatan, didapati tilam yang digunakan sangat uzur dan menyebabkan badannya melecet dan menjadi luka.
Bantuan yang disampaikan kepada beliau adalah ripple mattress bubble set air adjustment, susu ensure powder vanilla dan diapers tena value size M.
Didoakan semoga pesakit ini segera sembuh dan pulih seperti sedia kala. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban keluarga ini. Terima kasih pembayar zakat. Zakat anda kami agihkan terus kepada asnaf yang sangat memerlukan.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)