• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Beri Bantuan Bekalan Susu

Taman Permai, Ipoh - MAIPk telah menyerahkan bantuan perubatan berjumlah RM1,214.50 kepada adik Arfan Putra Shafezal bin Reazul Islam Saha Ali berumur 4 tahun yang menghidap penyakit diabetis type 1. Bapanya telah meninggal dunia. Kini ketua isi rumah diambil alih oleh ibunya.
Bantuan ini merupakan pembekalan 12 tin Nestle Nutrien Diabetik 800gm untuk anak Puan Azniza binti Abdul Aziz bagi tempoh 6 bulan mengikut cadangan yang diberikan oleh doktor pakar pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Meminjam kata-kata seorang ahli hikmah, jadilah seperti Ultraman. Ultraman ketika dia kecil dia berhadapan dengan raksasa. Dia merasakan raksasa itu begitu besar. Raksasa itu nak disumpah menjadi kecil takkan boleh. Apa yang Ultraman perlu lakukan adalah dia membesarkan diri dia. Membesarkan jiwa dia. Bila dia menjadi besar, raksasa itu kekal menjadi sebagai masalah dan dia tak pernah kecil tetapi besarkan diri menjadi Ultraman lalu raksasa itu menjadi kecil sahaja dimata Ultraman. Maka pelajaran yang kita dapat ialah dalam menghadapi masalah, jadikanlah diri adik Arfan seperti Ultraman. Besarkan diri jangan besarkan masalah. Masalah yang besar payah untuk dikecilkan dan jangan memperkecilkan masalah tetapi besarkan diri adik sendiri. Bersabarlah menghadapi dugaan-dugaan dalam kehidupan ini adik.
Semoga dengan bantuan zakat ini dapatlah meringankan beban adik sekeluarga yang sedang diuji kesihatannya oleh Allah SWT. Semoga adik Arfan Putra Shafezal tabah dan bersabar segala ujian yang diberikan kerana disebalik ujian akan ada hikmahnya, InshaAllah.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.