Majlis Perasmian Masjid Al-Mursyidin UPSI dan Penyerahan Bantuan Aidilfitri Di Tanjung Malim
Tanjung Malim, 20 Jun 2017 â DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Proton City. Baginda kemudian berkenan menyampaikan bantuan Aidilftri kepada enam mukim iaitu mukim Slim, Hulu Bernam Timur, Sungkai, Chenderiang, Bidor dan Batang Padang. Penghulu setiap mukim tersebut telah menerima bantuan Aidilfitri berjumlah keseluruhan RM187,600.00 untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin di dalam mukim masing-masing. Baginda kemudiannya berkenan berbuka puasa bersama lebih kurang 2,000 penuntut dan staf UPSI yang hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa ini.