MAIPk Sumbang RM300 Ribu Untuk Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Nurussalam, Manjung
MANJUNG, 14 MEI 2017 Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyumbang masing-masing sejumlah RM500 Ribu dan RM300 Ribu untuk membina Sekolah Agama Rakyat (SAR) Nurussalam di kawasan Fasa 3C Taman Manjung Baru. Pada majlis sumbangan ini, kerajaan negeri diwakili oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir manakala pihak MAIPk diwakili oleh A.F Ustaz Bakri Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk. SAR Nurussalam dibina untuk menampung penambahan jumlah murid yang semakin bertambah di sekitar Seri Manjung. SAR ini apabila siap, dijangka akan dapat menampung lebih 200 murid. Semoga pembinaan SAR Nurussalam akan berjalan lancar dan memberi peluang murid menuntut ilmu dengan sempurna.