• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Peserta Mentor Mentee 2017 Ikuti Kursus Insentif Di Nilai

Peserta Mentor Mentee 2017 Ikuti Kursus Insentif Di Nilai

Pada 19 April 2017, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menandatangani MOU bersama Koperasi Belia Islam Berhad (KBI) sebagai konsultan bagi Program Mentor Mentee 2017. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti Seminar Keusahawanan Asnaf pada ketika itu dan daripada jumlah tersebut 40 orang peserta yang berpotensi telah terpilih menjadi peserta Mentor Mentee MAIPk dan mereka ini akan dibawa mengikuti kursus intensif selama 5 hari 4 malam di Pusat Latihan di Nilai dan Shah Alam bermula 4 Mei hingga 8 Mei 2017 bagi mempelajari kaedah pembuatan produk dan teknik pemasaran, kewangan dan pengurusan perniagaan. Program ini melibatkan kos sebanyak RM 400,000.00.
Para peserta ini akan dibekalkan dengan peralatan mengikut keperluan dan kesesuaian perniagaan yang dijalankan setelah selesai kursus insentif dan pemantauan selama 6 bulan akan dilaksanakan. Pemantauan ini akan dijalankan oleh pihak konsultan yang akan pergi ke premis perniagaan peserta bagi merekod dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh para peserta sewaktu menjalankan perniagaan.
Pihak MAIPk mengharapkan peserta Mentor Mentee MAIPk 2017 memanfaatkan peluang yang diberikan sebagai satu platform meningkatkan sosio ekonomi mereka seterusnya bergelar seorang usahawan yang berjaya.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.