Karnival Ukhuwah MAIPk 2015
Ipoh, 30 Oktober 2015 1 November 2015 - MAIPk telah mengadakan Karnival Ukhuwah MAIPk 2015 bertempat di MYDIN Hypermarket, Meru Raya,Ipoh. Karnival tersebut bertujuan untuk :-
i. Untuk menerapkan kesedaran dan memberikan kefahaman yang kukuh kepada masyarakat Islam akan peranan dan fungi Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak(MAIPk).
ii. Untuk menyantuni penerima bantuan secara langsung dengan terus mengagihkan bantuan kepada penerima.
iii. Menyebarkan dakwah Islam di samping mempromosikan kewajipan zakat di kalangan masyarakat setempat.
iv. Membina dan memperkukuhkan hubungan antara MAIPk dengan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat.
Program yang berlangsung selama dua hari itu telah dipenuhi dengan pelbagai ataurcara berbentuk informasi, kesedaran kerohanian serta acara khas untuk kanak-kanak. Aturcara adalah seperti pameran dan kaunter zakat dan wakaf, pertandingan mewarna,kuiz zakat dan wakaf (sendaloka bersama Osbon Maharajalawak), bicara hijrah bersama Iwan Syahman & Radzi, ceramah wakaf oleh PU Yeop, penyampaian sumbangan kepada pusat anak yatim, baucer persekolahan, sumbangan kepada NGO Islam pusat tahfiz dan masjid dan pertandingan bercerita kisah-kisah anbia.
Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPK, YBhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Turut hadir ialah YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBhg. Dr. Amiruddin bin Mohamed
Jumlah sumbangan yang diberikan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut:-
BIL |
PENERIMA BANTUAN |
JUMLAH (RM) |
1. |
SUMBANGAN DAN TAJAAN KEPADA ORGANISASI ISLAM (18NGO x RM8,000) |
RM144,000.00 |
2. |
SUMBANGAN KEPADA PENGURUSAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM ( 22 BUAH RUMAH ANAK YATIM) |
RM240,000.00 |
3. |
BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM 1000 ANAK YATIM x RM150(BAUCER MYDIN) |
RM150,000.00 |
4. |
BANTUAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ (PERSENDIRIAN) DAN PERALATAN ICT KEPADA MASJID |
RM233,000.00 |
5. |
BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM (BEG SEKOLAH) |
RM28,200.00 |
JUMLAH KESELURUHAN |
RM795,200.00 |
Melalui acara-acara yang dijalankan, ianya mampu menarik masyarakat supaya lebih mengenali MAIPk serta turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.