Bengkel Kewangan Bersiri
Ipoh, 24hb Februari 2012, pihak MAIPk telah mengadakan satu Bengkel Kewangan Bersiri bertempat di Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan di bawah bimbingan Encik Yusoff Samsuri selaku Pegawai Audit Dalaman MAIPk. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi penyelenggaraan pelbagai daftar seperti bil, mel, pinjaman, selenggara kenderaan dari segi pengemaskinian buku log, kad touch n go, dan juga kad minyak. Di samping itu, bengkel seperti ini amat penting untuk memberi maklumat dari semasa ke semasa kepada pekhidmat bagi penambahbaikan sistem penyelenggaraan yang sedia ada.