Karnival RTC
Gopeng: Sempena Karnival Rural Transformation Centre (RTC) yang bermula pada 16 hingga 19hb Februari 2012 bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar Gopeng, pihak MAIPk yang diwakili oleh Unit Promosi dan Agihan telah membuka kaunter zakat pada karnival berkenaan. Pembukaan kaunter tersebut adalah merupakan salah satu usaha dan cara bagi tujuan untuk mendekati serta mempromosikan perkara yang berkaitan dengan zakat kepada masyarakat umum yang mana secara asasnya ia merupakan salah satu dari kewajipan yang wajib ditunaikan oleh masyarakat muslim. Pihak MAIPk juga mengambil kesempatan ini untuk memberikan maklumat usaha-usaha yang dilakukan bagi menjayakan Program Transformasi Negara untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Pembukaan kaunter berkenaan telah mendapat sambutan baik dan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan zakat.