• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Petikan Titah Sultan semasa pelancaran Wakaf Ar Ridzuan

Petikan Titah Sultan semasa pelancaran Wakaf Ar Ridzuan

9. Sesungguhnya wakaf ialah instrumen yang berperanan menggabungkan elemen rohaniah dan kebendaan serta dapat berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan ummah. Semangat wakaf yang mengalir dalam jiwa para anbia, sahabat, ulama, dan umat Islam terdahulu wajib dijadikan ikutan. Saidina Umar Radiallahuanhu telah menyerahkan tanahnya yang subur di Khaibar, Abu Talhah menafkahkan harta tercintanya dan Masjid Quba serta Masjid Nabawi dibangunkan di atas tanah yang diwakafkan. Amalan wakaf telah berjaya merapatkan hubungan manusia dengan Penciptanya serta mengimarahkan hubungan manusia sesama manusia, hablumminallah hablumminannas.
18. ..... Wakaf merupakan satu mekanisme yang membolehkan pengagihan ekonomi secara adil lagi saksama, direalisasikan. Pada era kegemilangan Islam, wakaf terbukti digunakan secara efektif untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat. Wakaf bukan sahaja memenuhi peranan sebagai mekanisme pengagihan kekayaan secara adil secara saksama, tetapi turut berperanan memperkukuhkan keupayaan individu dan keupayaan masyarakat yang memerlukan bantuan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.