• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk TEROKAI BIDANG KESIHATAN, 20 BELIA ASNAF WANITA MELANGKAH KE KERJAYA PROFESIONAL MELALUI TVET

MAIPk TEROKAI BIDANG KESIHATAN, 20 BELIA ASNAF WANITA MELANGKAH KE KERJAYA PROFESIONAL MELALUI TVET

PORT DICKSON, 10 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus memperluas agenda pemerkasaan asnaf melalui bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan meneroka sektor kesihatan sebagai laluan kerjaya profesional.

Seramai 20 belia asnaf wanita telah dihantar mengikuti Kursus Pembantu Perawatan Pesakit di UCSI Hospital Port Dickson selama tiga bulan.

Ketibaan peserta telah disambut oleh Pengerusi UCSI Healthcare Group, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah; Executive Chairman & Founder of UCSI Group, Dato’ Peter Ng; serta Senior Director, Healthcare Group Strategy Office & CMET, Asst. Prof. Dr. Deepali Sharma. Delegasi MAIPk pula diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Encik Amirudin bin Osman.

Sepanjang latihan, peserta akan didedahkan kepada kemahiran penjagaan dan perawatan pesakit dalam persekitaran hospital profesional sebelum berpeluang ditempatkan dalam pekerjaan di UCSI. Lebih bermakna, laluan kerjaya ini turut membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dan seterusnya membina kerjaya sehingga ke tahap menjadi pembantu perawat terlatih pada masa hadapan.

Kerjasama strategik MAIPk dan UCSI ini membuktikan bahawa bantuan zakat bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, malah mampu menjadi pemangkin kepada perubahan kehidupan. Melalui TVET, belia asnaf dipersiapkan dengan kemahiran, peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang membolehkan mereka membina kehidupan secara lebih berdikari dan mampan.

MAIPk akan terus memperluas kerjasama strategik bersama pemain industri bagi membuka lebih banyak laluan kerjaya bernilai tinggi kepada golongan asnaf. Daripada penerima bantuan kepada tenaga kerja berkemahiran dan profesional, inilah aspirasi TVET MAIPk dalam mencipta peluang serta membina kehidupan.

TVET MAIPk

“Mencipta Peluang, Membina Kehidupan”


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.