TAKLIMAT MAIPk KEPADA BAKAL MAHASISWA TIMUR TENGAH
IPOH, 23 Julai 2026 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengambil kesempatan menyampaikan taklimat kepada 80 pelajar Negeri Perak yang bakal melanjutkan pengajian ke Timur Tengah sempena Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah 2026 anjuran Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).
Dalam program ini, peserta telah mengikuti pelbagai sesi pengisian sebagai persediaan menghadapi kehidupan dan cabaran sepanjang tempoh pengajian di luar negara. Antaranya slot pendedahan kehidupan pelajar di Timur Tengah yang merangkumi aspek budaya, pengurusan diri serta adaptasi persekitaran setempat yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Mohammad Tasyreef bin Mohamad Tarmizi.
Selain itu, Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor turut berkongsi maklumat berkaitan skim-skim bantuan pendidikan MAIPk khusus untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara serta panduan permohonan bantuan pendidikan yang disediakan.
Sebagai sokongan kepada usaha memperkukuh kefahaman ilmu Bahasa Arab dalam kalangan peserta, MAIPk telah menaja sebanyak 80 naskhah kitab Cara Mudah Memahami Mukhtasar Jiddan untuk dijadikan bahan rujukan dalam kursus tersebut.
Semoga segala ilmu dan panduan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya serta menjadi bekalan berharga ketika menimba ilmu di luar negara dan kembali berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.








