YANG DIPERTUA MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KBGK
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) yang diketuai oleh Presidennya, Encik Ismail bin Mohamed Yusoff, di Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR), Ipoh.
Kunjungan tersebut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan serta menjalin kerjasama yang lebih erat antara MAIPk dan KBGK dalam usaha menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah di Negeri Perak.








