MAIPk TERIMA SUMBANGAN WAKAF TANAH MASJID KAMPUNG PULAU BESAR, KAMPONG GAJAH
KAMPONG GAJAH, 26 Mac 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menerima sumbangan wakaf tanah daripada Puan Che Mee binti Lan Ahmad yang telah mewakafkan tanah miliknya di Lot 6363, Kampung Pulau Besar, Pasir Panjang, Hulu Kampong Gajah untuk dijadikan tapak masjid kampung tersebut.
Pengurus MAIPk Cawangan Kampung Gajah, Muhamad Amir Amirul bin Ismail telah menyampaikan penghargaan kepada Puan Che Mee atas kemurahan hati beliau dalam menyumbangkan tanah tersebut demi masyarakat setempat.
Sumbangan wakaf ini merupakan amal jariah yang bukan sahaja memberi manfaat berterusan kepada masyarakat, malah menjadi pelaburan akhirat yang berkekalan buat pewakaf.
MAIPk amat mengalu-alukan lebih ramai pihak untuk turut serta dalam amalan wakaf sebagai salah satu medium kebajikan yang mampu memperkukuh pembangunan ummah di negeri Perak.












