• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SALUR BANTUAN PERUBATAN, SANTUNI ASNAF DI GERIK

MAIPk SALUR BANTUAN PERUBATAN, SANTUNI ASNAF DI GERIK

GERIK – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Cawangan Gerik terus komited dalam usaha menjaga kebajikan golongan asnaf apabila menyalurkan Bantuan Perubatan kepada penerima yang memerlukan di daerah ini. Pengurus MAIPk Cawangan Gerik, Shamsul Anuar bin Zakaria menyantuni dan menyampaikan bantuan yang disalurkan.

Antara penerima bantuan ialah Fatimah binti Ngah Ahmad dari Kampung Padang Jong menerima bantuan lampin pakai buang dan susu khas berjumlah RM7,644.45. Sementara itu, Aliah binti Awang Tengah dari Kampung Pahit Tengah turut menerima bantuan lampin pakai buang sebanyak RM2,400.00.

Selain itu, Wan Muhammad Muqri bin Wan Othman dari Kampung Kerunai menerima beberapa bentuk bantuan yang merangkumi katil pesakit, tilam angin, kerusi roda, lampin pakai buang, susu khas serta bantuan kecemasan segera sebanyak RM3,000.00 dengan jumlah keseluruhan RM8,484.00.

MAIPk komited memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela, di samping memastikan dana zakat dimanfaatkan sebaiknya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.