• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • YANG DIPERTUA MAIPk MENGADAKAN KUNJUNGAN DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID MUHAMMADIAH

YANG DIPERTUA MAIPk MENGADAKAN KUNJUNGAN DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID MUHAMMADIAH

IPOH, 20 Mac 2026 - Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini telah menunaikan solat Jumaat serta mengadakan kunjungan di Masjid Muhammadiah, Tasek. Kunjungan ini memperkukuh hubungan antara MAIPk dan pihak pengurusan masjid selain mendekati komuniti kariah. Semoga fungsi masjid dapat terus diperkasa sebagai pusat ibadah, pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat. Hal ini dizahirkan semasa titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah,

“Masjid hendaklah keluar daripada kepompong pemikiran jumud dan lapuk, ditransformasikan menjadi pusat kecemerlangan ummah, yang tidak lagi berimej sekadar tempat menunaikan solat dan mengadakan pengajian yang terbatas kepada subjek agama. Masjid sebaiknya hendaklah aktif menggalas peranan pendidikan, pengembangan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi, kaunseling keluarga, aktiviti remaja, pembangunan sosial dan ekonomi serta berperanan sebagai pusat memupuk adab, jati diri dan perpaduan masyarakat.."

Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan semasa Majlis Pengurniaan Watikah Yang Dipertua dan Anggota Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Syariah Perak dan Majlis Perundingan Masjid serta Penyerahan Zakat Perniagaan dan Pendapatan pada 27 Jamadil Akhir 1447H / 18 Disember 2025, di Royal Perak Golf Club, Ipoh.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.