• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SANTUNI ASNAF ZON UTARA, SALUR BANTUAN ZAKAT LEBIH RM160 RIBU

MAIPk SANTUNI ASNAF ZON UTARA, SALUR BANTUAN ZAKAT LEBIH RM160 RIBU

PARIT BUNTAR, 5 Mac 2026 – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) meneruskan komitmen menyantuni golongan asnaf menerusi Program Ziarah Asnaf Zon Utara melibatkan cawangan Parit Buntar dan Bagan Serai. Program Ziarah Asnaf Zon Utara pada kali ini menziarahi lima buah kediaman penerima bantuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh. Turut hadir bersama menyantuni ialah Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Wan Maizura binti Wan Zahari, Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd. Saufi bin Ibrahim serta pegawai-pegawai MAIPk cawangan dan ibu pejabat.

Ziarah pertama dan kedua di Tanjong Piandang iaitu penerima Bantuan Perubatan, Cik Nurul Salina binti Ikhsan, 28, yang merupakan orang kurang upaya fizikal sejak lahir akibat Cerebral Palsy. MAIPk telah menyalurkan bantuan berjumlah RM4,128 bagi meringankan kos rawatan yang ditanggung.

Ziarah kedua pula adik Nur Irdeena Naura binti Muhammad Iqbal, 6, yang menghidap penyakit hydrocephalus iaitu lebihan air dalam kepala. Adik Nur Irdeena telah menerima bantuan Ghorimin sebanyak RM3,450 dan bantuan kerusi roda khas bernilai RM3,650 daripada MAIPk bagi membantu keperluan rawatan.

Seterusnya, MAIPk menziarahi Encik Abdul Aziz bin Ali, 58, di Kuala Kurau yang tidak bekerja dan menghidap penyakit gout. Beliau menerima Bantuan Bina Rumah berjumlah RM69,000 bagi membolehkan sebuah kediaman baharu yang dibina demi keselesaan dan keselamatan hidupnya.

Di Bagan Serai, MAIPk menyantuni adik Muhammad Mikail Rafanza bin Mohd Rizal, 4, yang menghidap Right Proximal Femoral Focal Deficiency serta komplikasi paru-paru, buah pinggang dan jantung. MAIPk telah memberi Bantuan Perubatan sebanyak RM4,339 dan tambahan RM10,000 bagi menampung kos pembedahan yang diperlukan.

Ziarah terakhir di Selinsing iaitu Puan Mek Chik binti Sidek, 78, seorang balu yang tidak bekerja. Beliau menerima Bantuan Bina Rumah MAIPk berjumlah RM74,800 bagi pembinaan kediaman baharu yang lebih selesa.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para muzakki yang sentiasa bersama-sama menyokong MAIPk. Dana zakat anda amatlah dihargai dalam menjaga kebajikan asnaf serta memperkukuh kesejahteraan ummah Islam di negeri Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.