MAIPK ZON UTARA SAMPAIKAN BANTUAN SEGERA MANGSA KEBAKARAN
KAMUNTING, 17 November 2025- Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) Zon Utara, yang diwakili oleh Pengurus Besar Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim, telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting.
Mangsa, En. Hamza bin Ishak, tinggal seorang diri dan terselamat dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 15 November 2025, jam 12.00 malam. Kebakaran berpunca daripada litar pintas dan mengakibatkan keseluruhan rumah hangus terbakar.
MAIPk Zon Utara telah menyalurkan bantuan kecemasan segera berjumlah RM500 kepada mangsa, selain melakukan tindakan awal bagi memproses Bantuan Bina Rumah sekiranya memenuhi syarat serta kelayakan yang telah ditetapkan.
Semoga bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa dan memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.










