• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk Lahirkan Wira TVET, 100 Peserta Asnaf Sertai Kursus T-BOSIET Dalam Bidang Minyak & Gas

MAIPk Lahirkan Wira TVET, 100 Peserta Asnaf Sertai Kursus T-BOSIET Dalam Bidang Minyak & Gas

IPOH, 6 Oktober 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sekali lagi melakar sejarah bermakna apabila seramai 100 peserta Program TVET MAIPk secara rasmi dilepaskan untuk mengikuti Kursus T-BOSIET (Tropical Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training) di Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Peserta akan menjalani latihan intensif sebelum ditempatkan terus ke industri pekerjaan yang menuntut kemahiran profesional dan disiplin yang tinggi.

Mereka bukan sekadar peserta, mereka adalah anak-anak harapan MAIPk. Generasi yang menggalas impian keluarga dan menyulam masa depan dengan tangan sendiri.

Dengan tajaan hasil kutipan zakat, mereka akan mengikuti latihan seterusnya ditempatkan di industri pekerjaan. Setiap langkah mereka adalah janji bahawa kemiskinan bukan penghalang, asal-usul bukan batasan,hanya dengan ilmu dan usaha, segala mimpi akan jadi kenyataan.

Tahniah kepada semua peserta. Teruslah melangkah dengan semangat, disiplin dan keikhlasan kerana masa depan sedang menunggu anda di pelantar kejayaan.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.