Bantuan Zakat
Ipoh, 28 April 2015 - Hasil makluman orang awam, pihak MAIPk, menerusi Unit Agihan telah menyampaikan bantuan zakat kepada Encik Mohd Azman bin Mohd Noor yang tinggal di Batu 11 1/2 Jalan Jelapang, 31200 Chemor. Beliau menghidap kanser perut tahap 4 dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Ipoh. Pendapatan tidak menentu dan sukar utk mencari nafkah setelah menghidap penyakit tersebut.