• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PERMOHONAN BANTUAN PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN MAIPk TAHUN 2025 TELAH DIBUKA

PERMOHONAN BANTUAN PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN MAIPk TAHUN 2025 TELAH DIBUKA

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua warga Perak yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan di bawah asnaf FAKIR MISKIN. Bantuan yang disalurkan dalam bentuk kewangan.
Permohonan boleh dibuat mulai 04 Februari 2025 sehingga 15 Mac 2025.

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐂𝐔𝐀𝐋𝐈 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:
✅ Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2025
✅ Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2025
✅ Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah
✅ Tidak pernah memohon bantuan persekolahan

Jika anda menepati semua syarat yang ditetapkan, sila dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan sebelum tarikh tutup.

𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧:
1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
2. Salinan kad pengenalan pemohon dan semua ahli isi rumah;
3. Salinan maklumat akaun bank ibu/bapa atau penjaga;
4. Salinan penyata pendapatan ibu/bapa atau penjaga (slip gaji / pengesahan pendapatan daripada penghulu;
5. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan); dan
6. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan).

Borang juga boleh diperolehi melalui pautan https://rb.gy/sl6htn imbas koq QR pada iklan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.