Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Sykt. Ladang MOCCIS Sdn. Bhd.
Teluk Intan - 4 September 2015, satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Syarikat Ladang MOCCIS Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat MAIPk Teluk Intan. Syarikat Ladang MOCCIS Sdn Bhd telah diwakili oleh Encik Ashran bin Haji Idris selaku Pengurus Ladang MOCCIS, Jalan Changkat Jong,Teluk Intan. MAIPk telah diwakili oleh Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk yang telah menerima bayaran zakat tersebut berjumlah RM360,030.45 pada majlis tersebut. Pengurus Besar Bahagian Zakat, MAIPk. Ustaz Bakri bin Lee dan Pegawai Baitulmal Daerah Teluk Intan,Encik Shaiful Nizam bin Not turut hadir pada majlis tersebut.
Semoga komitmen yang berterusan dari syarikat sawasta dapat diteruskan pada masa hadapan.