SESI PEMANTAUAN BERKALA KE PREMIS SEWAAN MAIPk
Sekitar tugas-tugas pemantauan ke premis & tanah wakaf/baitulmal oleh pekhidmat Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW) MAIPk di sekitar Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh.
Juga diadakan sesi perbincangan dengan individu/pihak yang berminat untuk menyewa premis Wakaf/Baitulmal MAIPk.
MAIPk sentiasa berusaha memastikan premis dan tanah wakaf serta baitulmal diuruskan dengan sistematik agar amanah yang digalas daripada para pewakaf dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin ke arah meningkatkan ekonomi umat Islam di negeri Perak.