MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM13,705,979.48
KUALA LUMPUR, 19 November 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM13,705,979.48 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan.
Penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Tuan Azizan bin Abd Aziz dengan jumlah RM416,000.00. Disusuli Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Prof. Dr. Salina Kassim berjumlah RM580,310.00.
Ia diikuti Bank Rakyat diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah, YAM.Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan sebanyak RM1,023,752.00. Kemudian, Bank Muamalat Malaysia Berhad diwakili oleh Ketua, Operasi Perbankan, Tuan Muhamad Radzuan Ab Rahman dengan jumlah RM479,802.13.
Sementara itu, Etiqa General Takaful Berhad & Etiqa Family Takaful Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Shahrul Azuan bin Mohamed berjumlah RM1,400,000.00. Seterusnya, Maybank Islamic Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Muzaffar bin Hisham sebanyak RM857,129.95.
Berikutnya, Plus Malaysia Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan, YBhg. Datuk Nik Airina binti Nik Jaffar dengan jumlah RM2,000,000.00. Selain itu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Nor Azman Zainal berjumlah RM500,000.00 manakala Takaful Ikhlas General Berhad diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Rudy Rodzila bin Che Lamin sebanyak RM122,985.40.
Majlis penyerahan zakat diakhiri Tenaga Nasional Berhad diwakili oleh Managing Director, TNB Power Generation Sdn Bhd, YBhg. Lt. Kol. Dato’ Ir. Muhamad Nazri bin Pazil dengan jumlah RM6,326,000.00. Majlis turut disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin, YBhg. Okkseri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim dan Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk, YBrs. Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh.