MAIPk TAJA 20 PELATIH KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA (PW2) DAN KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA (PW4) BERJUMLAH RM78,600.00
LUMUT, 12 November – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menaja seramai 20 orang pelatih Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) & Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa (PW4) dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM78,600.00 selama 6 bulan di Institut Kemahiran MARA Lumut (IKML).
Sesi penyampaian surat tawaran dan taklimat ringkas Akujanji telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Fairuz bin Zahri semasa sesi perjumpaan kepada semua 20 orang pelatih tajaan MAIPk.
Harapan MAIPk semoga semua pelatih yang ditaja ini berjaya menamatkan latihan dan membantu mengubah nasib keluarga seterusnya memperkasa golongan asnaf supaya mereka berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.