KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENJARA PERAK
IPOH, 8 November - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menerima kunjungan hormat dari Jabatan Penjara Perak yang diketuai oleh Pengarah Penjara Perak, TKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh.
Kunjung hormat ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIPk, Tuan Haji Faiz bin Muhammad Fafaai, Penolong Pengarah, Unit Naziran JAIPk, Muhammad Noor bin Ahmad Zubir dan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Mohammad Fadhli bin Baharum.
Semoga hasil perbincangan dan perkongsian dapat memberi manfaat kepada ummah.