• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN AUDIT NEGARA, KAMPUNG MASJID IJOK PERAK

MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN AUDIT NEGARA, KAMPUNG MASJID IJOK PERAK

LARUT, 3 November- Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) yang diwakili Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf, Encik Suhaimi bin Yusoff bersama barisan pegawai turut hadir membuka rerurai mempromosikan skim-skim bantuan kepada asnaf. Peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) turut diberi peluang terlibat sama di dalam majlis ini.

Program Kampung Angkat Madani mengangkat usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di luar bandar dengan memastikan pembangunan yang inklusif dan tidak meminggirkan masyarakat luar bandar. Kampung Masjid antara kampung yang terpilih daripada 43 kampung angkat di bawah pelbagai kementerian dan agensi.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Audit Negara. Semoga inisiatif ini mencerminkan keprihatinan jabatan terhadap masyarakat luar bandar sekaligus mensejahterakan penduduk setempat.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.