• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PROGRAM GERAK KERJA SEMAKAN SENARAI TANAH-TANAH MAIPk YANG DIMAJUKAN FELCRA BERHAD PERAK

PROGRAM GERAK KERJA SEMAKAN SENARAI TANAH-TANAH MAIPk YANG DIMAJUKAN FELCRA BERHAD PERAK

IPOH, 29 Oktober - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) pada hari ini hadir ke Program Gerak Kerja Khas bagi menyemak silang senarai tanah wakaf MAIPk di seluruh negeri Perak yang dimajukan oleh pihak FELCRA Berhad Wilayah Perak.

Pihak MAIPk diwakili oleh Pengurus Bahagian Mal dan Wakaf, En. Noraizad bin Rosli bersama tiga orang pekhidmat MAIPk telah hadir menyampaikan taklimat dan membantu melaksanakan proses semakan silang yang diurusetiakan oleh kakitangan pejabat FELCRA Berhad Wilayah Perak.

Program tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Perladangan FELCRA Berhad Negeri Perak, En. Mohammad Faiz bin Zulkifli, dan turut mendapat kerjasama oleh 26 orang pengurus serta wakil pejabat FELCRA Kawasan seluruh Perak.

Objektif program yang ingin dicapai adalah seperti berikut :

1. Menyelaras data & maklumat tanah-tanah yang dimajukan pihak FELCRA Berhad bagi tujuan rekod & penentuan kadar agihan manfaat;
2. Memastikan penyeragaman SOP pemajuan tanah-tanah wakaf yang dilaksanakan antara FELCRA Berhad dan MAIPk;
3. Mencadangkan kaedah penyelesaian isu-isu berbangkit di tanah-tanah wakaf yang berkaitan.

Pihak MAIPk sentiasa komited dalam menambah baik tadbir urus dan pembangunan tanah-tanah wakaf yang diamanahkan kepada MAIPk selaku Pemegang Amanah Tunggal agar matlamat untuk mengembang, memaksimumkan potensi dan manfaat hartanah wakaf serta baitulmal di negeri Perak tercapai.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.