RM32,290 BANTUAN MODAL DISERAHKAN KEPADA ASNAF
KUALA KANGSAR, 28 Oktober - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf dan penyerahan bantuan modal kepada asnaf.
Bantuan modal berjumlah RM32,290 telah disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar bin Arshad diiringi Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Encik Ahmad Fadzil bin Mustaffa. Program disusun dengan menziarahi dan menyantuni 3 keluarga asnaf seterusnya menyampaikan bantuan modal yang diperlukan.
Antara bantuan yang diagihkan ialah Mesin Rumput Mitsubishi TB43cc, Mesin Chainsaw MS382 (72CC), Steel Power STP20L (Turbo), Suzuki Outboard 15HP, Fiber Boat 14 kaki dan set pukat. Ziarah Asnaf merupakan inisiatif MAIPk bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya.
Terima kasih pembayar zakat, MAIPk akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik mengurangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai program yang lebih strategik dan efektif seterusnya memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.