KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP
IPOH, 21 Oktober - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menerima kunjungan hormat dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP yang diketuai oleh Penolong Pengurus Besar R&D MAIWP, Tuan Haji Khairulazhar bin Samsudin.
Pertemuan ini bertujuan berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai pengurusan zakat dan wakaf. Selain itu, turut dikongsi program Kad Ta'awun MAIPk yang menjadi tujuan utama pertemuan hari ini.
Kunjung hormat ini disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Bakri bin Lee bersama Pengurus Besar, Single Business Unit Pusat Zakat Wakaf (SBU PPZW) MAIPk, Encik Ahmad Nazim bin Md Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat MAIPk, Encik Munawir bin Mohamed Noh dan pegawai-pegawai dari SBU PPZW.
Semoga hasil perbincangan dan perkongsian dapat memberi manfaat kepada ummah.