• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PROGRAM ZIARAH ASNAF DAN PENYERAHAN BANTUAN DI TAPAH

PROGRAM ZIARAH ASNAF DAN PENYERAHAN BANTUAN DI TAPAH

TAPAH, 17 Oktober - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf dan penyerahan bantuan di sekitar Tapah.

Bersama dalam Program Ziarah Asnaf ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari; Anggota MAJLIS, Encik Muhammad Puhaz bin Saleh; Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar; Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat, Encik Munawir bin Mohamed Noh dan Penghulu Besar Negeri Perak, Dr. Mohd Sani bin Kamaruddin. Program disusun dengan menziarahi dan menyantuni 5 keluarga asnaf seterusnya menyampaikan bantuan yang diperlukan.

Ziarah Asnaf merupakan inisiatif MAIPk bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya dan kehidupan mereka dipantau setelah menerima bantuan. Hampir RM40 ribu dana zakat diagihkan melibatkan Skim Bantuan Kewangan Bulanan, Modal Perniagaan dan Perubatan.

Turut hadir pada program tersebut Pegawai Baitulmal Daerah Tapah, Encik Johar bin Zainal Abidin dan petugas zakat di ibu pejabat dan daerah. MAIPk akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik mengurangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai program yang lebih strategik dan efektif seterusnya memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.