• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • KURSUS AUTOMASI INDUSTRI SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF TAHUN 2024

KURSUS AUTOMASI INDUSTRI SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF TAHUN 2024

KULIM, 7 Oktober - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Malayu Perak (MAIPk) telah mengadakan lawatan terhadap pelatih-pelatih belia asnaf yang sedang mengikuti kursus automasi industri di lokasi latihan mereka, iaitu di Kulim Advance Technologies Sdn. Bhd. (KATSB).

Sejumlah 25 orang pelatih daripada kalangan belia asnaf ini telah dipilih untuk mengikuti kursus automasi industri di bawah Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk dengan perbelanjaan berjumlah RM300,000.00 selama 3 bulan.

Delegasi MAIPk diketuai oleh Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Amirudin bin Osman telah menyampaikan taklimat ringkas dan kata-kata motivasi kepada para pelatih sebelum sesi menandatangani aku janji.

Latihan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknologi pembuatan, kawalan kualiti dan automasi industri agar dapat memenuhi permintaan industri masa kini.

Harapan MAIPk semoga kesemua 25 orang pelatih yang ditaja ini berjaya dalam industri yang bakal diceburi dan seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat dan menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.









.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.