KUNJUNGAN HORMAT AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD & SERAHAN CEK HASIL BAHAGIAN FARAID BAITULMAL BERJUMLAH RM130,121.27
IPOH, 30 September - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Haji Bakri bin Lee menerima kunjungan hormat dari As-Salihin Trustee Berhad yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad, Tuan Haji Abdul Aziz Peru bin Mohamed.
Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan cek hasil bahagian Faraid Baitulmal bagi harta pusaka Allahyarhamah Rahmah binti Jaafar berjumlah RM130,121.27 serta bertukar pandangan dan perkongsian mengenai pusaka, wasiat dan Baitulmal.