KOPERASI KEMAJUAN TANAH PERAK BERHAD TUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM128,523.20
IPOH, 27 September – Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad menunaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM128,523.20 bagi tahun kewangan 2023.
Penyerahan zakat telah disempurnakan oleh Setiausaha Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad, En. Barzatal Aslami bin Puad@Ahmad Puad kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shamsul Hazeman bin Md. Salleh.
Terima kasih pembayar zakat. Teruskan membantu golongan asnaf dengan menunaikan zakat secara dalam talian di https://ezakat.maiamp.gov.my