• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk TAJA 27 PELATIH KURSUS PEMBANTU PERAWATAN PESAKIT (PATIENT CARE ASSISTANT) BERJUMLAH RM255,960.00

MAIPk TAJA 27 PELATIH KURSUS PEMBANTU PERAWATAN PESAKIT (PATIENT CARE ASSISTANT) BERJUMLAH RM255,960.00

IPOH, 23 & 24 September – Majlis Agama Islam dan‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menaja seramai 27 orang pelatih bagi Kursus Pembantu Perawatan Pesakit (Patient Care Assistant) termasuk 4 orang pelatih dari kalangan anak masyarakat orang asli di IJN College Sdn. Bhd (IJNCSB) selama 3 bulan dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM255,960.00 di bawah Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk.

Sesi kunjungan hormat pada 24.09.2024 oleh delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh bersama barisan pegawai pengurusan MAIPk telah berkunjung ke IJNCSB bagi menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para pelatih yang baru mendaftar di kolej perubatan berkenaan pada 23.09.2024.

MAIPk amat berharap agar kesemua pelatih yang ditaja ini berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan menempa laluan kerjaya bersama Institut Jantung Negara seterusnya mampu memperkasa golongan belia asnaf supaya mereka dapat membantu memperbaiki ekonomi & taraf hidup keluarga mereka pada masa akan datang.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.