KIT PERMULAAN PERNIAGAAN KURSUS GUNTING RAMBUT SEBANYAK RM297,000 KEPADA 30 ASNAF
IPOH, 9 September – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini membuat Penyerahan Kit Permulaan Perniagaan kepada peserta di bawah Program Pembangunan Ekonomi Asnaf (PROPER A) bagi Kursus Gunting Rambut lelaki dan wanita. Seramai 30 orang peserta daripada golongan asnaf di seluruh negeri Perak terpilih untuk mengikuti kursus di bawah seliaan dan bimbingan penyedia latihan yg dilantik oleh MAIPk.
Tajaan ini merangkumi latihan keusahawanan secara percuma, bimbingan dan pemantauan secara berkala, bantuan modal berupa barangan perniagaan dengan perbelanjaan sebanyak RM297,000.00.
Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar yg mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk hadir bagi menyempurnakan serahan kit perniagaan pada majlis berkenaan.
Semoga semua peserta berjaya memanfaatkan ilmu yang dibekalkan seterusnya mengembangkan potensi perniagaan masing-masing dan menjadi pembayar zakat kelak.
Terima kasih pembayar zakat. Teruskan membantu golongan asnaf dengan menunaikan zakat secara dalam talian di https://ezakat.maiamp.gov.my