MAIPk TAJA 12 PELATIH KURSUS MOBILE CRANE BERJUMLAH RM209,400.00
IPOH, 3 September – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menaja seramai 12 orang pelatih Kursus Mobile Crane dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM209,400.00 selama 3 bulan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABMWU).
Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk menyampaikan amanat dan harapan kepada semua pelatih sebelum mereka berangkat ke ABMWU. Sebelum itu, taklimat khas diadakan dengan kehadiran Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar, bersama Ketua Pegawai Eksekutif ABMWU, Tuan Mohd Nazri bin Haji Zakaria.
Harapan MAIPk semoga 12 orang pelatih yang ditaja ini berjaya menceburi industri berimpak tinggi sebagai pekerja mahir seterusnya memperkasa golongan asnaf supaya mereka berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.