PROGRAM PROMOSI ANJUNG USAHAWAN MAIPk
IPOH, 18 Ogos-Acara kemuncak sempena Program Kembara Dakwah Zakat anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Ustaz Hanafiah Abd Malek pada hari ini ialah promosi Anjung Usahawan MAIPk di Angsana Mall Ipoh.
Terdapat pelbagai produk makanan milik usahawan di bawah jenama PROPER A dijual di sini. Anjung Usahawan MAIPk turut menawarkan perkhidmatan urutan badan dan rawatan muka di Seri Angsana SPA serta urutan & refleksologi (terapi tulang) oleh pakar yang terlatih.
Turut hadir pada hari ini Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Hj. Omar dan Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak ( STeP), Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli.
MAIPk komited membantu menyediakan ruang yang kondusif dan selamat serta mewujudkan rantaian ekonomi berkesan kepada asnaf.