• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM SANTAI PAGI & ZIARAH PESAKIT KANSER

KG. GAJAH, 17 Ogos-Program Kembara Dakwah Zakat anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) diteruskan lagi dengan menziarahi dua pesakit kanser dan penyerahan bantuan modal perniagaan. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh bersama penceramah bebas, Ustaz Hanafiah bin Abd Malek menyerahkan bantuan modal perniagaan kepada Puan Norseha di gerai roti canai asnaf dan Encik Azhar bin Norbek.

MAIPk turut menyerahkan bantuan berbentuk tunai serta kotak makanan kepada pesakit kanser. Seramai 30 orang Team Bikers merasai pengalaman turun padang di lapangan bagi melihat realiti kehidupan para asnaf. Mereka juga dibawa melawat Pusat Ternakan Ayam Kampung di Dusoon Saraa Enterprise, Bota Kiri.

Terima kasih kepada pembayar zakat, MAIPk akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik, meringankan beban dan memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.

Sedikit dari ANDA, besar ertinya buat MEREKA.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.