PROGRAM PEMANTAPAN AHLI-AHLI DEWAN NEGERI PERAK
IPOH, 15 Ogos - Sekitar program pemantapan ahli-ahli dewan negeri Perak dirasmikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid. MAIPk serta beberapa jabatan berkaitan turut hadir menyampaikan taklimat berkaitan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada asnaf.
Taklimat berkaitan skim-skim bantuan zakat MAIPk kepada asnaf seluruh negeri Perak disampaikan oleh Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Noraizad bin Rosli. MAIPk terus komited memberikan perkhidmatan terbaik mengurangkan jurang sosio-ekonomi masyarakat seterusnya meringankan beban dan memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.











