Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (KPJ Ipoh) Tunai Zakat Perniagaan Kepada MAIPk
IPOH, 27 Jun- Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (KPJ Ipoh) telah menunaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM 1,057,200.83 bagi tahun kewangan 2023.
Penyerahan zakat disempurnakan oleh Encik Kamil bin Zaki, Pengurus Operasi, Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. kepada Encik Muhammad Faiz bin Zakaria, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk.
Teruskan membantu golongan mustahiq, berzakatlah di https://ezakat.maiamp.gov.my