Lawatan Kerja ke SMAR Orang Asli Nurul Hidayah, Kg. Kenang
SUNGAI SIPUT, 20 Jun - Jawatankuasa Program Pendidikan Komuniti Orang Asli Islam (JPPKOAI), MAIPk telah berkunjung ke SMAR Orang Asli Nurul Hidayah yang merupakan satu-satunya sekolah menengah agama berasrama khusus untuk pelajar orang asli yang mendapat bantuan penuh MAIPk menggunakan dana zakat.
Deligasi lawatan diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohammad Fauzi bin Mahson, Pengerusi JPPKOAI bersama ahli-ahli jawatankuasa. Turut hadir, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.
MAIPk terus komited membantu golongan asnaf di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan. Tidak ketinggalan pembangunan pendidikan orang asli selari dengan hasrat MAIPk membangunkan ummah melalui dana zakat dengan sebaiknya.