LAWATAN KERJA DAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI TANAMAN NANAS TANAH MINERAL
MAIPk bersama Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Zakat dan Wakaf (JPZW) serta ahli-ahli JPZW mengadakan lawatan tapak tanaman nanas di Lanchang di bawah Projek Khas Gedung Makanan Negara Felda. Syarikat Aqina Jaya Sdn. Bhd. yang menguruskan projek ini telah berkongsi ilmu, teknologi dan kepakaran mengenai penanaman nanas MD2 secara komersial. Turut hadir Pengurus Rancangan Tanah Felda, Encik Hasbullah bin Imran.