Ibu Tunggal empat anak diuji penyakit saraf, ketumbuhan
Petikan artikel yg dikeluarkan oleh kosmo pada 17 April 2024 berkenaan keadaan Puan Aida Wati binti Mohd Yusop, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Kampar telah menziarahi dan menyantuni serta menyampaikan sumbangan di kediaman beliau semalam.
Sejak 3 tahun lalu, ibu tunggal kepada 4 anak diuji penyakit gangguan saraf wajah, pergelangan tangan dan ketumbuhan pada tekak serta perut sehingga membataskan pergerakan beliau.
Beliau juga merupakan penerima bantuan sewa rumah MAIPk, bantuan persekolahan serta bantuan modal di bawah program pemerkasaan ekonomi asnaf.
MAIPk terus komited membantu meringankan beban golongan asnaf selari dengan hasrat MAIPk supaya memberi manfaat kepada ummah. Semoga bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak membantu meringankan beban beliau sekeluarga.
Layari pautan facebook di bawah untuk media sosial.
Media Sosial : Facebook